Khamis, 18 Mac 2021

Jadi pelarian semasa PKP 1.0

Assalamualaikum, welcome back to my blog !!!

Hold dulu kejap cerita UNIMAS year 3 n 4, ok? Mau cer cerita semasa setahun yang lalu which is PKP 1.0 bermula pada 18 Mac 2020. Sebelum tu, boleh baca kisah macam mana jadi pelarian pada 17 Mac pada gambar story IG aku ni.


So sambungannya, di sini...

Pagi tu memang cancel sudah la kan untuk pergi balai polis, arahan sudah kena tarik balik sebab penjarakan sosial tidak terkawal, orang berbaris dari dalam ke luar balai panjang barisan tanpa jarak 1 meter. Semua orang kelam kabut mau balik sebab tiba-tiba ja kan mau buat PKP ndak boleh merentas daerah and negeri. Aku pula kan sepatutnya ada lagi beberapa bulan sepatutnya untuk habis degree and final sem, memang ndak sempat fikir apa-apa la. Barang bawa balik memang barang yang mau balik sekejap ja.


    Pagi tu hujannn, wahhh bestnyaaa, dengan harapan hujan bawa lah pergi jauh covid19 ni 😁 Time breakfast dengan makcik aku, tengok la berita ada beberapa kes kematian sudah disebabkan covid19 ni. Memang ndak dapat jangka betul apa akan jadi nanti. Lepas breakfast tu, terus bersiap-siap untuk pergi airport. Itupun still was-was ndak yakin, boleh merentas ka ndak ni, silap-silap kena tahan polis di sana, ndak ka putih mata 😳 Sebelum on the way pi airport, berabis la tanya orang-orang di group whatsapp kolej, lepas untuk terbang ka ndak kalau teda surat polis, tanya ramai ka ndak orang di airport, perlu buat apa-apa ka kalau sampai airport 😂 I'm scared and nervous gilak time tu, perasaan dia memang macam mau lari dari diburu polis 😅 Then hasil chat dengan orang-orang, semua cakap 

"tiada kena check surat",

"sampai sudah disemenanjung", 

"tiada apa yang strict pun di airport", 

"macam normal day ja cuma pakai mask".

And aku pun lega laa sikit.



    And aku pun selamat sampai di airport dengan bantuan makcik aku dan anak dia yang sanggup hantar aku pi airport. Mask tu pula, memang tu ja yang sempat rembat, ya la plannya stay dalam bilik ja kan, so memang ndak prepare mau borong face mask banyak-banyak. Nasib la ada juga face mask budak tu 😂 Flight aku dalam jam 2 atau 3 macamtu. Aku ndak ingat apa aku buat untuk buang masa time tu, maybe cari kek lapis la sekejap and lunch kat dalam before boarding sorang-sorang 😆 Dalam flight pula time tu belum ada sop apa-apa, terus rasa rimas betul pakai face mask dalam tu, tahan-tahan ja la, tapi orang sebelah aku buka mask dia. And I was like 😕 Sampai airport KK, abah jemput ambil and terus direct balik rumah and nyah semua kuman dan virus di badan.

    Disebabkan kami adik beradik lengkap stay di rumah time tu, sekolah dicutikan, yang kerja work from home terus, layan la movie sebab curious betul pasal virus ni. Hentam ja semua movie pasal wabak penyakit untuk kasi peringatan sesama adik-beradik lagi-lagi yang kecil sekolah rendah tu. Tiada kuarantin apa pun, just cover-cover la kalau bersin and batuk time tu, sebab aku ja seorang dari luar negeri time tu, yang lain memang di rumah and di sabah ja. Dan masa berlalu pergi begitu ja, assignment and projek kelas yang dulunya bincang depan-depan bertukar menjadi discuss online melalui whatsapp ja. Paling rajin mau webex or zoom pun kalau yang melibatkan lecturer macam discuss FYP.

    That's all cerita pelarian yang ndak seberapa tu 😝 Next time kalau rajin, aku cerita journey @UNIMAS year 3 and 4 pula. And my after graduate journey kot. Tengoklah dulu 😁

    So sekarang ni 18032021, ada negeri yang PKPP, ada yang PKB and PKP, where ever you guys stay safe and stay healthy, terlampau banyak sop sudah sekarang, kompaun pun boleh tahan cekik darah marhaen 😅 Okay thank you sudi baca coretan gue. Baiii~


Yang Benar

Ummi